100

🕌100 PERINTAH ALLAH PADA MANUSIA YANG TERCATAT DI DALAM AL QUR’AN

1. Jangan berkata kasar.
(QS 3 – Ali Imran : 159)

2. Tahanlah marah.
(QS 3 – Ali Imran : 134)

3. Berbaiklah kepada orang lain.
(QS 4 – An Nisaa’ : 36)

4. Jangan sombong dan bongkak.
(QS 7 – Al A’raaf : 13)

5. Maafkanlah kesalahan orang lain.
(QS 7 – Al A’raaf : 199)

6. Berbicaralah dengan nada halus dan bersopan.
(QS 20 – Thaahaa : 44)

7. Rendahkanlah suaramu.
(QS 31 – Luqman : 19)

8. Jangan mengejek orang lain.
(QS 49 – Al Hujuraat : 11)

9. Berbaktilah pada orang tua (ibu bapak).
(QS 17 – Al Israa’ : 23)

10. Jangan mengeluarkan kata yang tidak menghormati orang tua ( ibu bapak).
(QS 17 – Al Israa’ : 23)

11. Jangan memasuki bilik pribadi ibu bapakmu tanpa izin.
(QS 24 – An Nuur : 58)

12. Catatlah hutang-hutangmu.
(QS 2 – Al Baqarah : 282)

13. Jangan mengikuti orang secara membabi buta.
(QS 2 – Al Baqarah : 170)

14. Berikanlah lanjutan tempoh waktu bila orang yang berhutang kepadamu dalam kesempitan.
(QS 2 – Al Baqarah : 280)

15. Jangan makan riba’/membungakan wang
(QS 2 – Al Baqarah : 1)

16. Jangan melakukan rasuah)
(QS 2 – Al Baqarah : 188)

17. Jangan ingkar atau melanggar janji
(QS 2 – Al Baqarah : 177)

18. Jagalah kepercayaan orang lain kepadamu
(QS 2 – Al Baqarah : 283)

19. Jangan campur adukan kebenaran dengan kebohongan
(QS 2 – Al Baqarah : 42)

20. Berlakulah adil terhadap semua orang
(QS 4 – An Nisaa’ : 58)

21. Tegakkanlah keadilan dengan tegas
(QS 4 – An Nisaa’ : 135)

22. Harta orang yang meninggal mesti dibagikan kepada anggota keluarga
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

23. Wanita memiliki hak waris
(QS 4 – An Nisaa’ : 7)

24. Jangan memakan harta anak yatim
(QS 4 – An Nisaa’ : 10)

25. Lindungi anak yatim
(QS 2 – Al Baqarah : 220)

26. Jangan memboroskan harta dengan sewenang-wenangnya
(QS 4 – An Nisaa’ : 29)

27. Damaikanlah orang yang berselisih
(QS 49 – Al Hujuraat : 9)

28. Hindari perasangka buruk
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

29. Jangan terlalu percaya sangat dengan orang
(QS 2 – Al Baqarah : 283)

30. Jangan memfitnah orang
(QS 49 – Al Hujuraat : 12)

31. Gunakan harta untuk kegiatan sosial(QS 57 – Al Hadid : 7)

32. Biasakan memberi makan orang yang miskin
(QS 107 – Al Maa’uun : 3)

33. Bantulah orang fakir yang berada di jalan Allah
(QS 2 – Al Baqarah : 273)

34. Jangan menghabiskan wang untuk bermegah-megah
(QS 17 – Al Israa’ : 29)

35. Jangan menyebut-nyebut tentang sedekahmu
(QS 2 – Al Baqarah : 264)

36. Hormatilah tetamu anda
(QS51AdzDzaariyaat26)

37. Perintahkan kebajikan setelah kita melakukannya sendiri
(QS 2 – Al Baqarah : 44)

38. Jangan berbuat kerosakan di muka bumi
(QS 2 – Al Baqarah : 60)

39. Jangan menghalangi orang datang ke masjid
(QS 2 – Al Baqarah : 114)

40. Perangilah mereka yang memerangimu
(QS 2 – Al Baqarah : 190)

41. Jagalah etika perang
(QS 2 – Al Baqarah : 191)

42. Jangan lari dari peperangan
(QS 8 – Al Anfaal : 15)

43. Tidak ada paksaan untuk memasuki agama (Islam)
(QS 2 – Al Baqarah : 256)

44. Berimanlah kepada para Nabi
(QS 2 – Al Baqarah : 285)

45. Jangan melakukan hubungan intim di saat haid
(QS 2 – Al Baqarah : 222)

46. Susuilah anak-anakmu selama dua tahun penuh
(QS 2 – Al Baqarah : 233)

47. Jauhilah hubungan intim di luar nikah
(QS 17 – Al Israa’ : 32)

48. Pilihlah pemimpin yg sesuai. Pilihlah pemimpin berdasarkan ilmu dan jasanya
(QS 2 – Al Baqarah : 247)

49. Jangan membebani orang di luar kesanggupannya
(QS 2 – Al Baqarah : 286)

50. Jangan mahu diadu domba
(QS 3 – Ali Imran : 103)

51. Renungkanlah keajaiban dan penciptaan alam semesta ini
(QS 3 – Ali Imran 3 :191)

52. Lelaki maupun wanita mendapat balasan yang sama sesuai dengan perbuatannya
(QS 3 – Ali Imran : 195)

53. Jangan menikahi mereka yang sedarah denganmu
(QS 4 – An Nisaa’ : 23)

54. Keluarga mesti dipimpin oleh seorang lelaki
(QS 4 – An Nisaa’ : 34)

55. Jangan kedekut
(QS 4 – An Nisaa’ : 37)

56. Jangan iri hati
(QS 4 – An Nisaa’ : 54)

57. Jangan saling membunuh
(QS 4 – An Nisaa’ : 92)

58. Jangan membela ketidakjujuran atau kebohongan
(QS 4 – An Nisaa’ : 105)

59. Jangan bekerjasama dalam perbuatan dosa dan kekerasan
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

60. Bekerjasamalah dalam kebenaran
(QS 5 – Al Maa-idah : 2)

61. Majoriti bukanlah merupakan satu kriteria kebenaran
(QS 6 – Al An’aam : 116)

62. Berlaku adil
(QS 5 – Al Maa-idah:8)

63. Berikan hukuman untuk setiap kejahatan
(QS 5 – Al Maa-idah : 38)

64. Berjuanglah melawan perbuatan dosa dan melanggar hukum
(QS 5 – Al Maa-idah : 63)

65. Dilarang memakan binatang mati, darah dan daging babi
(QS 5 – Al Maa-idah : 3)

66. Hindari minum racun dan alkohol
(QS 5 – Al Maa-idah : 90)

67. Jangan berjudi
(QS 5 – Al Maa-idah : 90

68. Jangan menghina keyakinan atau agama orang lain
(QS 6 – Al An’aam : 108)

69. Jangan kurangkan berat timbangan untuk tujuan menipu
(QS 6 – Al An’aam : 152)

70. Makan dan minumlah secukupnya
(QS 7 – Al A’raaf : 31)

71. Kenakanlah pakaian yang bagus di saat sholat
(QS 7 – Al A’raaf : 31)

72. Lindungi dan bantulah mereka yang meminta perlindungan
(QS 9 – At Taubah:6)

73. Jagalah kemurnian
(QS 9 – At Taubah : 108)

74. Jangan pernah putus asa memohon pertolongan Allah
(QS 12 – Yusuf : 87)

75. Allah mengampuni orang yang berbuat dosa kerana kejahilannya
(QS 16 – An Nahl : 119)

76. Berserulah/ajaklah kepada jalan Allah dengan cara yang baik dan bijaksana
(QS 16 – An Nahl : 125)

77. Tidak ada seorangpun yang menanggung dosa orang lain
(QS 17 – Al Israa’ : 15)

78. Jangan membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan
(QS 17 – Al Israa’ : 31)

79. Jangan mengikuti sesuatu yang kamu tidak memiliki pengetahuan tentangnya
(QS 17 – Al Israa’ : 36)

80. Jauhkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat
(QS23–Al Mu’minuun:3)

81. Jangan memasuki rumah orang lain tanpa izin tuan rumah
(QS 24 – An Nuur : 27)

82. Allah menjamin balasan kebaikan hanya kepada mereka yang percaya kepada Allah
(QS 24 – An Nuur : 55)

83. Berjalanlah di muka bumi dengan rendah hati
(QS 25 – Al Furqaan : 63)

84. Jangan melupakan kenikmatan dunia yang telah Allah berikan
(QS 28–Al Qashash : 77)

85. Jangan menyembah Tuhan selain Allah
(QS 28 – Al Qashash:88)

86. Jangan terlibat dalam homosexual
(QS29–Al ‘Ankabuut : 29)

87. Berbuat baik dan cegahlah perbuatan munkar
(QS 31 – Luqman : 17)

88. Janganlah berjalan di muka bumi dengan sombong
(QS 31 – Luqman : 18)

89. Wanita dilarang mempamerkan diri
(QS 33 – Al Ahzab : 33)

90. Allah mengampuni semua dosa-dosa kita
(QS 39 – Az Zumar : 53)

91. Jangan berputus asa memohon keampunan dari Allah
(QS 39 – Az Zumar : 53)

92. Balaslah kejahatan dengan kebaikan
(QS 41 – Fushshilat : 34)

93. Selesaikan persoalan dengan bermusyawarah
(QS 42–Asy Syuura : 38)

94. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa
(QS 49 – Al Hujuraat : 13)

95. Tidak ada dikenal biara dalam agama (Islam)
(QS 57 – Al Hadid : 27)

96. Allah akan meninggikan darjat mereka yang berilmu
(QS58–Al Mujaadilah 11)

97. Bergaullah dengan kaum bukan Islam dengan cara yang baik dan adil
(QS60-Al Mumtahanah:

98. Jauhkan diri dari sifat kedekut
(QS64–AtTaghaabun:16)

99. Mohon keampunan kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(QS73–AlMuzzammil;20)

100. Jangan memperlekehkan orang yang meminta-minta
(QS 93–Adh Dhuhaa: 10)

🤲Semoga bermanfaat
🤝kitajagakita
🕋In Shaa Allah

Leave a Comment